segala macam...
Semakin lama semakin 'ketinggalan' blog ni. Atok nak update daily pun tak larat, penat. Balik keje and after dinner and settlekan hal anak-anak, nak rehat lah. Lagipun tak ada banyak cerita.Weekend yang berlalu, ada a few rakan yang ajak bersama mereka ke Manchester; ke Carnival Malaysia sempena lawatan TPM. Tak pa lah, nak rehat with family. Lagipun atok rasa, it was more of a personal political campaign of someone than a grand gathering of fellow Malaysians. Baru je di akhir tahun sudah, sepasukan guru dihantar ke seluruh pelusuk bumi Inggeris untuk menyurahkan hikayat hadhari, lagi sekali telah 'dilancarkan' cerita ini. Mungkin rata-rata masih belum faham konsep yang digarapkan. Regardless, so much dosh spent. Tak apa, bukan duit depa pun....
Di hujung minggu yang lalu juga, berlakunya suatu yang bersejarah di dalam sistem demokrasi Britain. Perdebatan ke atas undang-undang baru bagi menyekat 'pengganas' telah berlangsung selama 36 jam sebelum berjaya dimetrai. Atok tidaklah ingin berkata berkenaan dengan 'bill' yang diperdebatkan itu, cuma agak terpegun dengan kecekalan mereka yang dipilih dan berkuasa di kedua-dua House of Lords dan House of Commons. Perdebatan siang malam telah memaksa mereka tua muda bermalam di pejabat dan tidur di lantai berlapikkan 'coat' masing-masing. Sessi debat berlarutan hingga ke pagi esoknya. Inilah demokrasi di tangganya yang agung.
Tidak dapat dibayangkan ini berlaku di negara tercinta. Usahkan lantai, sofa empuk pun tidak mungkin dijadikan tempat berlabuh. Hotel lima bintang dan kereta menjalar berpemandu adalah syarat paling kecil. Sessi singkat hanyalah dipenuhi dengan angguk-angguk and sorak riuh. Yelah, terlalu ramai saudagar mimpi yang menunggu untuk ditemui....
Macam-macam.....
ada kawan bersembang.
di tanahair, kan dah biasa, bila mengisi borang, selalunya ada item bangsa dan juga agama yang perlu dipenuhi. katanya, kalau nak borang diproses cepat, tang agama tu, kena tulis islam hadhari.
tambahnya lagi, budak-budak sekolah dok banding membanding; "dia islam, saya islam hadhari".
Petang semalam, projek yang atok dok sibuk for the past months telah melalui majlis handing over. Rata-rata semua pihak berpuas hati. Marston Ferry Sports Centre akan mula beroperasi pada 4hb April yang akan datang. Alhamdulillah, walaupun masih ada beberapa hal kecil yang belum settle.