semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, July 21, 2003

Rebab digesek, pentas dibuka

Dah lama atok dok baca blogs orang ramai, terasa nak ber-blog jugalah.

Atok nak berbicara pasal alambina (built environment), bersesuaian dengan alam atok sebagai seorang arkitek dan juga urban designer. walaupun pada dasarnya atok amat tidak selesa untuk menyatakan career atok pada umum atas berbagai sebab. tapi takpa lah, sebagai pengenalan akan diri atok dan juga punca pilihan tajuk bicara.

Di mana nak mulakan bicara alambina? Mmmm.... begitu banyak tuturan dan luas sekali alamnya, terutamanya dengan bermukimnya atok di pulau inggeris ini sejak 10 tahun yang lampau. Ternyata sekali jauh bezanya akan alam itu; antara tanah tumpah darah malaysia tercinta dengan bumi omputeh ini. Mungkin nanti ada yg ingin mulakan bicara ini dengan pertanyaan yang lebih specific, bolehlah atok mulakan cerita dan hikayat.

"An architect's most useful tools are an eraser at the drafting board, and a wrecking bar at the site" - FLlW

Comments: Post a Comment


Links to this post:

Create a Link